1. PENJELASAN PERMOHONAN
1.1 Pemohon yang telah mencapai umur 16 tahun atau lebih dan tidak pernah memiliki kad pengenalan serta berada di Malaysia sepanjang tempoh berkenaan hendaklah memohon Daftar Lewat Kad Pengenalan.
2. SYARAT PERMOHONAN
2.1 Pemohon mestilah berumur genap 16 tahun atau lebih.
2.2 Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur
2.2.1 Ibu atau Bapa; atau
2.2.2 Penjaga. (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun.)
2.3 Pemohon tidak pernah membuat permohonan atau memiliki Kad Pengenalan dan berada di dalam Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun.
2.4 Borang-borang berikut perlu diisi dengan lengkap (dapatkan di kaunter JPN):
2.4.1 Borang Permohonan JPN.KP01;
2.4.2 Surat Akuan (Borang JPN DL-1);
2.4.3 Borang Keterangan Pendaftaran Lewat Kad Pengenalan oleh Ibu atau Bapa atau Penjaga (Borang JPN DL-2);
2.4.4 Cabutan Daftar Sekolah (Borang JPN DL-3);
2.4.5 Surat Akuan bagi Kanak-Kanak yang Tidak Pernah Bersekolah (Borang JPN DL-4);
2.4.6 Borang Maklumat Keluarga (BMK.81 & BMK.81A); dan
2.4.7 Borang RK-JPN-KP-PU-06-03 (jika penganjur selain daripada yang dibenarkan).
3. PROSEDUR PERMOHONAN
3.1 Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan.
4. DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN (ASAL DAN SALINAN)
4.1 DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)
4.1.1 Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Permit Masuk.
4.1.2 Gambar penuh pemohon berukuran poskad.
4.1.3 Pasport (wajib bagi pemegang Permit Masuk)
4.2 DOKUMEN PENGANJUR (ASAL DAN SALINAN)
4.2.1 Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran atau Permit Masuk atau Pasportatau Sijil Kewarganegaraan Penganjur.
4.2.2 Sijil Nikah atau Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian Ibu Bapa (bagi Ibu Bapa yang berkahwin pada atau selepas 1 Mac 1982 dan bagi Ibu yang bertaraf Bukan Warganegara).
4.2.3 Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu atau bapa atau datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
4.3 DOKUMEN KELUARGA (ASAL DAN SALINAN)
4.3.1 Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran atau Permit Masuk atau Pasport Adik-Beradik (jika berkenaan).
4.3.2 Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran atau Permit Masuk atau Pasport Suami atau Isteri dan Anak-anak (jika berkenaan).
4.3.3 Gambar pemohon bersama ibu atau bapa dan adik-beradik.
4.3.4 Sijil Kematian Ibu atau Bapa atau Adik-Beradik atau Suami atau Isteri (jika berkenaan).
4.3.5 Gambar berukuran pasport pemohon, ibu atau bapa dan semua adik-beradik yang telah disusun dan dilekatkan ke dalam senarai gambar-gambar dalam borang BMK-81A.
5. BAYARAN/FI
5.1 Warganegara
Jadual Pembayaran 3A
Bayaran Daftar Lewat Kad Pengenalan Bagi Warganegara Malaysia
(WARGANEGARA)
| |||
| Umur | Bayaran Permohonan (RM) | Bayaran Proses(RM) | Jumlah Bayaran(RM) |
| 16 tahun ke atas | PERCUMA | 10.00 | 10.00 |
5. BAYARAN/FI
Jadual Pembayaran 3B
Bayaran Daftar Lewat Kad Pengenalan Bagi Bukan Warganegara Malaysia(BUKAN WARGANEGARA)
| |||
| Umur | Bayaran Permohonan (RM) | Bayaran Proses(RM) | Jumlah Bayaran(RM) |
| 16 tahun ke atas | 40.00 | 10.00 | 50.00 |
Kalau ade surat bernak tapi tak ade no ic mak ayah macam mne pulk tu ?
ReplyDeleteDah ade di kt malaysia 21tahun
DeleteX silap kna apply mykas
DeleteKalau yg tk ade no ic kt dalam surat berank macam mana tuan..sbb dh banyak kali turun naik ni..ape pun tk dapat
Deleteprosedur ni masih kena guna ke even skrg kerajaan dah kerajaan baru?
ReplyDeleteKalau orang yang mempunyai keluarga bukan warganegaraan nak buat kad mypr untuk smua ahli keluargany boley ke ?
ReplyDeletesy ada sijil lahir ada no ic lg masalah nya yg jg sy mak dia guna im13. ble ka sy buat kad pengenalan daftar lewat.
ReplyDeletesy ada sijil lahir ada no ic lg masalah nya yg jg sy mak dia guna im13. ble ka sy buat kad pengenalan daftar lewat.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesy ada sijil lahir ada no ic lg masalah nya yg jg sy mak dia guna im13. ble ka sy buat kad pengenalan daftar lewat.
ReplyDeleteApa taraf kewarganegaraan tuan d dlm sijil kelahiran ?
DeleteBest slots on the Las Vegas Strip | JTM Hub
ReplyDeleteThe 광주 출장마사지 most 익산 출장샵 fun casino slots around the world are available on 익산 출장샵 Las Vegas strip. the best of 김해 출장마사지 the slots you 이천 출장마사지 will find at any point in your life.