Thursday, July 4, 2013

Permohonan Gantian Rosak (My Kad atau My PR)

PERMOHONAN GANTIAN ROSAK KAD PENGENALAN

1. PENJELASAN PERMOHONAN

1.1 Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

2. SYARAT PERMOHONAN

2.1 Pemohon mestilahhadir di mana-mana kaunter  JPN; atau
2.2 Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian seperti berikut:
2.2.1 portal www.jpn.gov.my melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad”; atau
2.2.2 perkhidmatan Phone-in di talian 03-88808066
(bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat untuk pemohon yang bertaraf Warganegara.)

Permohonan Gantian Hilang (My Kad atau My PR)

1. PENJELASAN PERMOHONAN

1.1 Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

2. SYARAT PERMOHONAN

2.1 Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN; atau
2.2 Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di laman webwww.jpn.gov.mymelalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

Permohonan Daftar Lewat Kad Pengenalan

1. PENJELASAN PERMOHONAN

1.1 Pemohon yang telah mencapai umur 16 tahun atau lebih dan tidak pernah memiliki kad pengenalan serta berada di Malaysia sepanjang tempoh berkenaan hendaklah memohon Daftar Lewat Kad Pengenalan.

2. SYARAT PERMOHONAN

2.1 Pemohon mestilah berumur genap 16 tahun atau lebih.
2.2 Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur 
2.2.1 Ibu atau Bapa; atau 
2.2.2 Penjaga. (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun.)
2.3 Pemohon tidak pernah membuat permohonan atau memiliki Kad Pengenalan dan berada di dalam Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun.
2.4 Borang-borang berikut perlu diisi dengan lengkap (dapatkan di kaunter JPN):                                                                      
2.4.1 Borang Permohonan JPN.KP01;                                                                                  
2.4.2 Surat Akuan (Borang JPN DL-1);                                                     
2.4.3 Borang Keterangan Pendaftaran Lewat Kad Pengenalan oleh Ibu atau Bapa atau Penjaga (Borang JPN DL-2);                                                                                                                
2.4.4 Cabutan Daftar Sekolah (Borang JPN DL-3);                                                                       
2.4.5 Surat Akuan bagi Kanak-Kanak yang Tidak Pernah Bersekolah (Borang JPN DL-4);                                                               
2.4.6 Borang Maklumat Keluarga (BMK.81 & BMK.81A); dan
2.4.7 Borang RK-JPN-KP-PU-06-03 (jika penganjur selain daripada yang dibenarkan).

Wednesday, July 3, 2013

Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun


1. PENJELASAN PERMOHONAN 

1.1 Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

2. SYARAT PERMOHONAN

2.1 Pemohon mestilahtelah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
2.2 Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur 
2.2.1 Ibu atau Bapa; atau
2.2.2Penjaga.(Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
2.3 Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
2.4 Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.

COPYRIGHT@SEGALA ARTIKEL DI ATAS ADALAH UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA ADMIN CELOTEH KU